"Bila sendiri kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan sendiri kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. Sendiri mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan orang lain. Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk menguatkan hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki hablumminannas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang." -lluvIslam
No comments:
Post a Comment